Marvel Entertainment hari ini telah berkongsi treler baharu untuk The Marvels yang akan ditayangkan pada 10 November 2023 dan menjadi penutup untuk filem MCU pada tahun ini.

Treler ini memfokuskan kepada watak jahat di dalam The Marvels iaitu Dar-Benn lakonan Zawe Ashton. Dar-Benn di dalam komik merupakan jeneral bagi tentera Kree dan melakukan penentangan terhadap pemerintahan Clumsy Foulup.

Selain itu, treler juga memperlihatkan kuasa berlainan yang boleh digunakan oleh Captain Marvel, Kamala khan dan juga Monica Rambeau tetapi mempunyai perhubungan di antara satu sama lain.

Sohor Kini