Prime Video minggu ini telah berkongsi treler pertama untuk musim kedua bagi siri The Wheel of Time yang akan mula disiarkan pada 1 September 2023 di perkhidmatan tersebut.
The Wheel of Time merupakan adaptasi kepada novel oleh Robert Jordan yang mempunyai 14 buku buat masa ini (novel 12-14 ditulis oleh Brandon Sanderson).
Musim kedua ini akan meneruskan penceritaan daripada musim pertama, dan akan mengadaptasi novel kedua iaitu The Great Hunt dan juga sedikit daripada novel ketiga, The Dragon Reborn.
Musim ini akan memperkenalkan beberapa watak baharu seperti Elayne Trakand, Aviendha, dan Lady Suroth.
Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.