Epic Games Store telah menawarkan The Elder Scrolls Online secara percuma iaitu permainan MMORPG berdasarkan dunia The Elder Scrolls. Di luar promosi ini, ia ditawarkan dengan harga RM78.99. Tawaran ini adalah untuk permainan asas sahaja bersama dengan penambahan Morrowind.

Permainan asas secara sendirinya akan memberikan lebih kurang 20 hingga 30 jam kandungan jika tidak melakukan aktiviti-aktiviti MMORPG.

Epic Games Store: The Elder Scrolls Online

Namun, kami juga mencadangkan untuk pemain mendapatkan penambahan terbaru yang ditawarkan dengan harga RM179.99 bukan sahaja menyertakan kandungan terbaru Necrom, tetapi juga kandungan-kandungan sebelum ini seperti High Isle, Blackwood, Greymoor, Elsweyr dan Summerset.

Pemain juga boleh memilih untuk melanggan ESO Plus dengan harga $14.99 (~RM68) sebulan yang turut menawarkan kesemua kandungan kecuali Necrom selagi mana mempunyai langganan aktif. Ini akan memberikan lebih 100 jam kandungan untuk anda main.

ESO Plus juga akan memberikan beberapa kelebihan lain seperti 1650 Crowns setiap bulan, dan paling penting storan tanpa had untuk barangan crafting.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Necrom di pautan berikut; Ulasan The Elder Scrolls Online: Necrom.

Selain The Elder Scrolls Online, Epic Games Store juga menawarkan Murder by Numbers secara percuma yang anda boleh dapatkan di pautan ini. Tawaran ini adalah sehingga 27 Julai 2023.

Sohor Kini