Skip to main content

Blizzard hari ini mengumumkan mereka akan mula menawarkan sejumlah permainan terbitan mereka ke Steam – sekaligus memberikan alternatif lain kepada para pemain dalam mendapatkan permainan mereka.

Perubahan ini hadir selepas bertahun lamanya Blizzard menawarkan permainan melalui Battle.net. Blizzard mengatakan walaupun mengambil langkah ini, mereka masih komited dalam menyokong komuniti Battle.net.

Permainan pertama Blizzard yang akan ditawarkan melalui Steam adalah Overwatch 2. Blizzard akan menawarkannya bermula 10 Ogos 2023 kelak.

Walaupun dimuat-turun melalui Steam, pemain akan masih perlukan akaun Battle.net untuk menghubungkan dalam permainan dan memberi peluang untuk berlawan rentas platform.

Bagi pemain yang berminat memuat-turun Overwatch 2 melalui Steam, boleh menambah ia ke Steam Wishlist, dan memuat-turunnya apabila tersedia kelak.

Leave a Reply