Skip to main content

Tekken 8 akan memulakn sesi percubaan tertutup ataupun closed network test (CNT) pada 21 Julai iaitu esok dan bagi pemain yang mendapat akses untuknya sudah boleh mula melakukan pra-muat untuk mencuba permainan ini.

CNT ini mempunyai dua minggu iaitu;

  • Minggu 1 (PlayStation 5 sahaja): 21 Julai, 4 petang – 24 Julai, 3 petang
  • Minggu 2 (PlayStation 5, Xbox Series dan Steam): 28 Julai, 4 petang – 31 julai, 3 petang

Sesi ini akan ditutup buat sementara waktu pada 29 Julai, 4 petang sehingga 7 petang untuk penyelenggaraan.

Semasa sesi CNT ini pemain boleh melawan pemain lagi dengan fungsi rentas platform dibuka dan boleh memilih daripada 16 watak iaitu in, Kazuya, Jun, Paul, Law, King, Lars, Jack-8, Xiaoyu, Nina, Leroy, Lili, Asuka, Hwoarang, Bryan, dan Claudio.

Tekken 8 diumumkan PlayStation 5, Xbox Series dan PC dan dijangka tiba sekitar tahun 2024.

Leave a Reply