Level Infinite telah mengumumkan yang permainan MMORPG Dragon Nest 2: Evolution akan dilancarkan secara rasmi pada pukul 6 petang ini melalui App Store, Play Store, Samsung Galaxy Store, dan Huawei App Gallery.
Mereka juga mengatakan yang permainan ini telah menerima 5 juta pra-pendaftaran iaitu peningkatan sebanyak 2 juga pendaftaran berbanding pada awal bulan ini.
Dragon Nest 2: Evolution adalah permainan MMORPG untuk peranti pintar dan merupakan permainan susulan bagi Dragon Nest yang dikeluarkan pada tahun 2010. Permainan ini menyertakan 4 kelas berbeza semasa pelancaran dengan 32 pilihan untuk menghasilkan watak yang diinginkan.