Unity iaitu antara enjin utama di dalam industri permainan video telah mengumumkan pelancaran program beta untuk pembangunan aplikasi dan juga permainan buat VisionOS iaitu sistem operasi bagi Apple Vision Pro yang merupakan set kepala realiti gabungan yang diumumkan oleh Apple pada bulan lepas.
Melalui program beta ini, pembangun akan mendapat akses kepada Unity PolySpatial yang digabungkan dengan RealityKit oleh Apple untuk memastikan setiap aplikasi atau permainan memberi pengalaman spatial yang sama dengan aplikasi lain.
Pembangun yang berminat boleh melakukan pendaftaran melalui – Unity Spatial.
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang antara pembangun terawal yang membangunkan permainan untuk Apple Vision Pro adalah Triband iaitu bagi permainan What The Golf? mereka.
Apple Vision Pro akan dilancarkan pada tahun 2024 dengan harga $3499.