IGN hari ini telah melaporkan yang pelanggan Netflix di Amerika Syarikat tidak lagi boleh memilih pelan Basic tanpa iklan sebaliknya jika ingin mendapatkan pelan paling murah, mereka perlu memilih pelan ‘Standard’ dengan iklan.
Di Amerika Syarikat pelan Basic ditawarkan dengan harga $9.99 yang menyertakan kualiti sehingga 720p dan tontonan serta muat turun terhad 1 peranti pada satu masa sahaja. Manakala Standard dengan iklan ditawarkan dengan harga $6.99, menyertakan kualiti 1080p, 2 peranti pada satu masa tetapi tiada fungsi memuat turun.
Sebelum ini perkara yang sama telah dilakukan bagi pengguna Netflix di Kanada, di artikel yang sama IGN mengatakan yang UK juga tidak lagi menerima pelan Basic.
Bagi pelanggan di Malaysia pula kita masih tidak menerima pelan dengan iklan dan mungkin bukan untuk masa terdekat kerana ia akan memerlukan pengiklanan tempatan. Netflix Malaysia mempunyai 4 pelan langganan iaitu Mobile (RM17), Basic (RM28), Standard (RM45), dan Premium (RM55).