Skip to main content

Nixxes Software hari ini telah berkongsi spesifikasi rasmi yang diperlukan untuk bermain Ratchet & Clank: Rift Apart versi PC. Permainan ini dibangunkan oleh Insomniac Games dan dikeluarkan untuk PlayStation 5 pada tahun 2021.

Permainan ini mempunyai mekanik di dalam permainan yang digelar sebagai Rift, menggunakannya pemain boleh memasuki kawasan berlainan dengan segera. Semasa ia diumumkan, mereka mengatakan yang permainan ini boleh dimainkan dengan baik kerana teknologi storan yang digunakan oleh PS5.

Oleh itu tidak mengejutkan yang penggunaan SSD sangat digalakkan untuk bermain permainan ini di PC, seperti yang anda lihat di bawah, hanya spesifikasi Minimal sahaja boleh menggunakan HDD dengan tetapi grafik Very Low, resolusi 720P @ 30FPS.

Tambahan pada itu, mereka juga mengatakan yang walaupun HDD boleh digunakan, akan tetapi mereka tidak menggalakkanya jika ingin bermain seperti yang direka bagi permainan ini. Ini dengan kata lain, penggunaan HDD mungkin mengakibatkan adanya skrin pemuatan.

Sebelum ini, mereka juga telah berkongsi fungsi-fungsi lain yang disokong oleh permainan ini di PC yang anda boleh tonton di bawah. Ratchet & Clank: Rift Apart untuk PC akan tiba pada 26 Julai 2023, dan anda boleh baca ulasan kami bagi versi PS5 di pautan berikut; Ulasan Ratchet & Clank: Rift Apart.

Leave a Reply