Skip to main content

Disney+ telah mengumumkan yang filem Guardians of the Galaxy Volume 3 akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada 2 Ogos 2023 selepas mengutip $834 juta di pawagam dan menjadi antara filem MCU yang paling berjaya.

Seperti biasa, pengumuman ini dilakukan oleh akaun utama Disney+ dan masih tidak disahkan lagi oleh Disney+ Hotstar untuk pasaran Malaysia, namun kebiasaannya ia akan menerima pada tarikh yang sama.

Selain mendapat kutipan yang baik, GotG Vol 3 juga merupakan antara filem MCU yang menarik dan anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut; Ulasan Guardians Of The Galaxy Vol. 3.

Leave a Reply