Amaran Pencetus – Jenayah Seksual Kanak-Kanak
Berdasarkan rekod mahkamah yang dilaporkan oleh ABC15 (melalui VGC), seorang kanak-kanak perempuan berumur 15 tahun telah diselamatkan daripada penculikan apabila FBI menjejak Nintendo Switch yang digunanya.
Mangsa telah diculik pada 3 Ogos 2022 daripada rumahnya oleh Ethan Roberts lelaki yang berumur 28 tahun. Ethan Roberts dilaporkan berkenalan dengan mangsa secara dalam talian dan melakukan penculikan dari rumah mangsa.
Tidak menyangka yang ia sesuatu yang boleh dijejak, Ethan Roberts telah membenarkan mangsa untuk membawa Nintendo Switch bersama, yang digunakan oleh mangsa untuk menonton YouTube dan memuat turun permainan.
FBI berjaya mengesan kedudukan mangsa selepas rakan mangsa menyedari yang Nintendo Switch milik kanak-kanak tersebut dibuka dan mempunyai aktiviti terbaru. FBI mengesan alamat IP untuk Nintendo Switch tersebut dan mendapat lokasi rumah Ethan Roberts melaluinya, 11 hari selepas mangsa diculik.
Ethan Roberts telah mengaku bersalah atas tuduhan pornografi kanak-kanak, penculikan dengan niat untuk aktiviti seksual. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun pada bulan April lepas.