Toho Movie telah berkongsi treler baharu untuk filem aksi nyata ‘Don’t Call it Mystery’ iaitu siri manga oleh Yumi Tamura. Filem ini merupakan kesinambungan kepada siri TV yang dikeluarkan pada tahun lepas.
Don’t Call It Mystery merupakan manga yang memfokuskan kepada pelajar kolej, Totono Kuno yang mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan pelbagai misteri. Di dalam filem, ia memfokuskan kepada penceritaan Hiroshima Arc yang diceritakan di dalam manga Jilid 2 hingga 4.
Seperti siri TV, Masaki Suda akan kembali membawa watak Totono Kuno bersama dengan Hiroaki Matsuyama, Tomokoa Aizawa dan Ken Arai bersama dengan watak baharu lakonan Nanoka Hara, Kou Shibasaki dan Kohei Matsushita.
Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 15 September 2023.