Skip to main content

Filem The Flash walaupun dipuji oleh DC, termasuk James Gunn sendiri sebagai antara filem adiwira terbaik, tidak membuat keuntungan di pawagam. Setakat penulisan ini, ia hanya mengutip $262 juta, jauh lebih rendah berbanding bajet filem ini termasuk juga pemasaran iaitu $350 juta.

Mungkin sebagai langkah untuk mengurangkan lagi kerugian tersebut, Warner Bros telah mengumumkan yang filem tersebut akan menjadi filem baharu pertama dilancarkan di dalam rantaian blok yang menawarkan pengalaman filem Web3.

The Flash versi rantaian blok ini akan ditawarkan pada 18 Julai 2023 dan akan ditawarkan dengan beberapa pakej yang berbeza, dengan jumlah yang terhad.

Berdasarkan penawaran untuk dua filem yang sudah tiba sebelum ini iaitu The Lord of the Rings: The Fellowship of the Rings dan juga Superman, anda diberikan beberapa pakej berbeza yang selain menyertakan filem versi digital, anda juga boleh mendapatkan NFT berdasarkan filem ini.

Leave a Reply