Prime Video hari ini telah mengumumkan yang filem Shin Masked Rider akan disiarkan di Prime Video pada 21 Julai 2023.
Shin Masked Rider ataupun Shin Kamen Rider ialah sebuah filem olahan semula siri televisyen Kamen Rider pertama yang disiarkan di televisyen pada tahun 1971. Ia mengisahkan tentang Takeshi Hongo (dilakonkan oleh Sosuke Ikematsu) seorang pelumba motorsikal yang diculik oleh organisasi bernama Shocker dan ditukar menjadi manusia yang diperkuat dengan kekuatan seekor belalang untuk tujuan jahat.
Filem ini juga boleh ditonton di pawagam bermula pada 6 Julai lepas.