The Witcher Musim 3 sudah mula disiarkan pada 29 Jun yang lepas tetapi ia adalah sebanyak 5 episod sahaja dengan 3 lagi episod akan mula disiarkan pada 27 Julai, yang juga akan menjadi episod-episod terakhir Henry Cavill sebagai Geralt.

Netflix juga telah berkongsi treler untuk bahagian kedua ini yang anda boleh tonton di bawah.

Melalui treler diperlihatkan yang konflik besar akan berlaku di bahagian ini yang telah terbina semasa bahagian pertama, dan secara jelasnya Geralt akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Ciri terselamat daripada pelbagai pihak yang mencarinya.

Seperti yang diumumkan sebelum ini dan Liam Helmsworth akan meneruskan siri ini sebagai Geralt untuk musim keempat dan juga yang seterusnya.

Sohor Kini