Kemaskini, 14 Julai 2023 – HoYoverse memberi kenyataan kepada Video Game (Sports Illustrated) mengatakan mereka telah melakukan bayaran kepada studio rakaman tanpa sebarang penundaan dan mendesak untuk studio tersebut melakukan bayaran seperti yang sepatutnya. HoYoverse juga mengatakan yang mereka sedang mencari penyelesaian alternatif untuk masalah ini.
Brandon Winckler yang terlibat dengan lakonan suara untuk pelbagai watak kecil di dalam Genshin Impact mengatakan yang dia tidak menerima sebarang bayaran untuk lebih 4 bulan.
Dia juga mengatakan yang bagi permainan yang menjana $86 juta sebulan, tidak boleh dimaafkan untuk tidak membayar pelakon suara.
Selain itu Corina Boettger iaitu pelakon suara bahasa Inggeris untuk Paimon, mengatakan yang dia juga sudah tidak dibayar untuk beberapa bulan akan tetapi sekadar mengatakan yang ia adalah untuk projek besar bagi satu studio.
Corina Boettger juga mengatakan yang dia tidak dapat sahkan jika ini adalah masalah penerbit permainan ataupun masalah studio yang bertanggungjawab menguruskan lakonan suara bagi pihak penerbit permainan tersebut.
Berdasarkan laporan oleh Game Developer, studio yang terlibat dengan lakonan suara bahasa Inggeris bagi Genshin Impact adalah Formosa.
Brandon Winckler dan Corina Boettger telah mengatakan yang studio permainan, berkemungkinan besar merujuk kepada HoYoverse perlu memastikan kontrak lakonan suara dilakukan dengan di bawah kesatuan agar masalah ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.
Buat masa ini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh HoYoverse dan juga studio Formosa.