Nikkei telah melaporkan yang Sony telah menyediakan 300 bilion Yen (~RM9.93 bilion) bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) di dalam segmen permainan video.
Jumlah bajet R&D untuk permainan video ini adalah 40% daripada jumlah keseluruhan bajet R&D Sony iaitu 760 bilion Yen. Jumlah ini juga melebihi bajet yang diberikan kepada segmen elektronik dan juga semikonduktor.
Antara yang akan menjadi fokus adalah untuk hadir dengan permainan ‘live-service’ dan juga realiti gabungan.
Mereka dikatakan ingin mempunyai 12 permainan live-service menjelang tahun fiskal Mac 2026. PlayStation sebelum ini telah mengatakan yang Bungie iaitu studio pembangun Destiny 2 yang diambil-alih pada tahun 2022 akan menjadi penasihat utama untuk permainan live-service mereka.’
Sony juga akan menggunakan 55% daripada perbelanjaan pembangunan permainan untuk PlayStation 5 bagi permainan live-service menjelang Mac 2024 dan 60% menjelang Mac 2026.