Honkai: Star Rail Versi 1.2 Akan Tiba Pada 19 Julai

HoYoverse hari ini telah mengumumkan yang kemaskini baharu untuk Honkai: Star Rail iaitu versi 1.2 dengan judul “Even Immortality Ends” akan tiba pada 19 Julai 2023. Kemaskini ini antaranya meneruskan penceritaan di Xianzhou Luofu, serta juga tibanya watak baharu iaitu Blade, Kafka dan Luka.

Bagi penceritaan, Dan Heng yang pada penceritaan lepas bergerak dengan kumpulan lain kini bertemu semula dengan Astral Express Crew. Penceritaan ini juga akan merungkai misteri disebalik Stellaron di Xianzhou Luofu dan juga misteri lain.

Watak baharu yang disertakan adalah Blade iaitu Stellaron Hunter akan disertakan sebagai watak 5-bintang, dia mempunyai elemen angin dan mengikut Path of Destruction. Blade sering menggunakan nyawa sendiri untuk melakukan serangan yang lebih kuat.

Seterusnya adalah Kafka iaitu seorang lagi Stellaron Hunter dan merupakan watan 5-bintang. Kafka adalah watak yang menggunakan elemen Lightning dan mengikut path of Nihility dan memfokuskan serangan secara AOE dan juga berterusan.

Seterusnya adalah watak 4 bintang iaitu Luka yang diperlihatkan ketika Summer Game Fest bersama dengan pengumuman versi PlayStation 5. Luka melakukan serangan dengan elemen Physical dan mengikut Path of Nihility.

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan acara masa terhad baharu iaitu “Tales of the Fantastic”, “Underground Treasure Hunt” serta kemaskini untuk Forgotten Hall dan juga Simulated Universe.

Honkai: Star Rail sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini