GSC hari ini telah berkongsi gambar tayangan perdana untuk Mission: Impossible Dead Reckoning Part I yang berlangsung semalam. Menariknya, ia dianjurkan di GSC LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), iaitu cawangan terbaru.
Mereka juga berkongsi satu ciapan mengatakan yang panggung wayang ini akan dibuka tidak lama lagi dan merupakan panggung wayang tercantik.
LaLaport BBCC merupakan pusat membeli-belah yang baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Ia sepatutnya dibuka pada tahun 2021 dengan GSC dijangka dibuka pada tahun 2022 akan tetapi akibat pandemik Covid-19, ia hanya dibuka pada tahun 2022.
GSC juga mempunyai cawangan di Times Square yang berada berhampiran dengan LaLaport.
Sumber Gambar: GSC