2K hari ini telah mengumumkan yang NBA 2K24 buat pertama kalinya akan menyokong fungsi rentas platform di antara PlayStation 5 dan juga Xbox Series. Sokongan ini tidak disertakan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.
NBA 2K24 merupakan permainan terbaru di dalam siri permainan simulasi bola keranjang oleh 2K Sports dan ia akan dilancarkan pada 8 September 2023. Mereka sebelum ini juga telah mengumumkan yang Kobe Bryant akan menghiasi muka depan untuk edisi Kobe Bryant dan juga Edisi Black Mamba.
Jika melalui NBA 2K23, mereka menyertakan Jordan Challenge, bagi permainan kali ini 2K menyertakan Mamba Moment dan pemain boleh melakukan pelbagai cabaran sambil melalui kejadian-kejadian penting di dalam karier Kobe Bryant.