Sooka telah memperkenalkan lima saluran baharu yang di letakkan di bawah FAST iaitu ‘Free Ad-supported Streaming’ ataupun saluran percuma dengan iklan.

Lima saluran yang disertakan adalah;

  • K-Popcorn: Salurang memfokuskan kandungan Korea seperti filem, siri dan persembahan
  • ESTV: Saluran memfokuskan kandungan sukan termasuk juga esukan
  • CarbonTV: Saluran yang memfokuskan kandungan aktiviti luar dan dokumentari
  • Tayo+: Saluran yang memfokuskan kandungan kanak-kanak
  • Gusto TV: Saluran khusus untuk penggemar makanan

Kesemua saluran ini boleh ditonton secara percuma dengan iklan, bagi yang ingin melanggan Sooka, ia ditawarkan dengan harga RM15.90, RM34.90 dan RM62.90 setiap bulan mengikut pakej-pakej yang berbeza.

Sohor Kini