MF Ghost merupakan siri manga oleh Shuichi Shigeno iaitu pencipta Initial D yang bermula pada tahun 2017. Manga ini mempunyai 17 jilid dan telah terjual melebihi 4 juta salinan setakat Januari 2023.
Siri ini memfokuskan kepada pelumba muda Kanata Rivington yang dilatih oleh Takumi Fujiwara iaitu watak utama untuk Initial D. Siri anime dihasilkan oleh Felix Film dan akan mula disiarkan pada bulan Oktober ini.
Siri anime ini akan diarahkan oleh Tomohito Naka, ditulis oleh kEnichi Yamashita dan muzik oleh Akio Dobashi.