Tango Gameworks telah mengumumkan kemaskini untuk permainan Hi-Fi Rush yang antaranya menyertakan dua mod baharu iaitu ‘BPM Rush!’ dan ‘Power Up! Tower Up!’ dan merupakan kenaskini percuma kepada semua pemain.

Mod BPM Rush! akan bertempur secara berterusan dengan lagu akan menjadi semakin pantas dari semasa ke semasa. Pemain boleh meilih tiga tahap kesukaran iaitu Easy, Normal dan Ex. Manakala Power Up! Tower Up! adalah berkongsep roguelite dengan pemain akan menaiki Rhythm Tower yang dipenuhi dengan penjahat secara rawak.

Hi-Fi Rush sudah dikeluarkan untuk Xbox dan PC, ia juga ditawarkan di dalam Game Pass.

Sohor Kini