Skip to main content

Level Infinite telah mengumumkan yang sejak memulakan pra-pendaftaran bagi permainan MMORPG Dragon Nest 2: Evolution pada bulan lepas, ia telah menerima 3 juta pra-pendaftaran secara global sebelum pelancaran pada 20 Julai ini.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi 2 mod yang pemain boleh jangkakan apabila memulakan pengembaraan mereka kelak. Dua mod yang dikongsi adalah Dungeon yang akan menjadi bahagian penting permainan ini.

Setiap dungeon ini akan dibahagikan kepada beberapa peringkat yang akan memberikan tatamain berbeza setiapnya ini termasuklah tekaria dan juga kawasan berliku yang perlu dilalui. Selain itu, terdapat juga acara Raiding iaitu The Grand Dragon Hunt yang akan tiba apabila permainan dilancarkan kelak.

Dragon Nest 2: Evolution adalah permainan MMORPG untuk peranti pintar dan merupakan permainan susulan bagi Dragon Nest yang dikeluarkan pada tahun 2010. Permainan ini menyertakan 4 kelas berbeza semasa pelancaran dengan 32 pilihan untuk menghasilkan watak yang diinginkan.

Ia akan dikeluarkan sebagai permainan percuma untuk iOS dan Android melalui Play Store, Huawei AppGallery dan OPPO Store. Pra-pendaftaran masih dibuka dan anda boleh melakukannya melalui pautan ini.

Leave a Reply