Skip to main content

Prime Video telah mengumumkan yang pada bulan ini mereka akan membawa dua siri anime baharu iaitu Rurouni Kenshin Musim 1 yang akan mula disiarkan pada 7 Julai dan Zoom 100: Bucket list of the Dead yang akan tiba pada 9 Julai 2023.

Rurouni Kenshin ini merupakan siri anime kedua mengadaptasi manga berjudul sama oleh Nobuhiro Watsuki dan akan menyampaikan penceritaan yang sama seperti siri anime pertama yang tiba pada tahun 1996 sehingga 1998.

Siri anime ini akan dihasilkan oleh Liden Films dan Prime Video akan menyiarkan pada tarikh yang sama dengan siaran di Jepun.

Manakala Zom 100: Bucket List of the Dead juga merupakan siri anime baharu berdasarkan manga “Zom 100: 100 Things I Want To Do Before I Become a Zombie” oleh Haro Aso dan kotaro Takata. Manga untuknya sudah bermula sejak tahun 2018.

Siri TV anime ini juga akan disiarkan di Prime Video pada tarikh yang sama dengan siaran di Jepun.

Selain dua siri anime ini, Prime Video sebelum ini juga telah mengumumkan yang Imaginur akan tiba pada 13 Julai, Stone Turtle satu lagi filem tempatan akan tiba pada 27 Julai dan Good Omens musim 2 akan tiba pada 28 Julai 2023.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Leave a Reply