Tahun lepas Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story adalah antara siri TV paling popular di Netflix dengan pencapaian sehingga 1 bilion jam tontonan. Netflix kemudiannya turut berjanji yang dua lagi siri di bawah Monster akan dihasilkan selepas kejayaan Dahmer.
Deadline baru-baru ini melaporkan yang musim kedua Monster adalah mengenai Lyle Menéndez dan Erik Menéndez iaitu pasangan adik-beradik yang membunuh kedua-dua ibu bapa. Seperti Dahmer, musim kedua ini turut akan dihasilkan oleh Ryan Murphy.
Monsters: The Lyle and Erik Menendez Story akan dilakonkan oleh Cooper Koch sebagai Eric dan Nicholas Alexander Chavez sebagai Lyle. Siri ini adalah mengenai kisah benar yang berlaku pada tahun 1989 apabila kedua-dua ibu bapa Eric dan Lyle iaitu José dan Mary Louise “Kitty” Menéndez mati dibunuh.
Kisah jenayah mereka ini cukup menarik kerana pada dakwaan tahun 1993 pasangan adik-beradik ini membela diri dengan mendakwa mereka hanya mempertahankan diri kerana kedua-dua ibu bapa yang kejam sehingga menyebabkan gangguan emosi. Hanya pada tahun 1996 dua beradik ini dipenjarakan seumur hidup tanpa kebolehan untuk parol selepas didapati bersalah.
Dengan mogok penulis yang masih berlaku di Amerika, masih tiada pengesahan bilakan siri ini akan memulakan penggambaran tetapi Monsters: The Lyle and Erik Menendez Story dijadualkan akan tiba di Netflix pada tahun 2024.
[sumber] Deadline [/sumber]