Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang siri anime baharu iaitu Synduality Nori akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada 11 Julai 2023.
Synduality Noir merupakan penceritaan baharu yang dihasilkan oleh Bandai Namco di mana mereka juga mengumumkan akan tiba dalam bentuk permainan video Synduality: Echo of Ada yang dijangka tiba pada tahun ini dan juga manga, Synduality: Elite.
Penceritaan untuk siri ini berlaku pada tahun 2242 di mana manusia terpaksa hidup di bawah tanah selepas kejadian “Tears of the New Moon” akan tetapi keadaan di bawah tanah menjadi semakin teruk dan manusia terpaksa kembali ke permukaan yang mempunyai ancaman ‘Enders’.
Bagi meneruskan tamadun manusia, manusia membina beberapa penempatan di permukaan dan sekumpulan Drifters bertanggungjawab untuk melawan Enders dan juga mendapatkan sumber-sumber asli.
Siri ini diarahkan oleh Yusuku Yamamoto dengan produksi oleh Eight Bit. Antara senarai pelakon suara adalah Takeo Otsuka sebagai Kanata, Aoi Koga sebagai Noir, Nagisa Aoyama sebagai Ciel, Yusuke Kobayashi sebagai Tokio dan Fuminori Komatsu sebagai Mouton.