Square Enix telah mengumumkan yang permainan Final Fantasy XVI telah terjual sebanyak 3 juta unit selepas dikeluarkan pada 22 Jun lepas dengan kata lain selepas seminggu.

Sebagai perbandingan jumlah ini adalah lebih rendah berbanding Final Fantasy VII Remake yang terjual sebanyak 3.5 juta unit selepas 3 hari, namun Final Fantasy VII Remake dikeluarkan untuk PlayStation 4 yang mempunyai lebih banyak unit di pasaran.

Final Fantasy XVI seperti permainan-permainan lain di dalam siri ini membawa penceritaan baharu dan kali ini memfokuskan kepada watak Clive. Permainan ini telah menerima ulasan yang baik dengan mendapat skor 88 di Metacritic.

Kami juga sendiri sudah mengeluarkan ulasan dan memberikan skor 10/10 dan anda boleh membacanya di pautan ini; Ulasan Final Fantasy XVI.

Final Fantasy XVI sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5.

Sohor Kini