Di dalam pembicaraan untuk kes Microsoft mengambil-alih Activision Blizzard, beberapa dokumen telah memperlihatkan yang Microsoft menyenaraikan beberapa studio permainan untuk pengambil-alihan.
Antara studio tersebut adalah Sega – yang menurut Phil Spencer melalui emel ke CEO Microsoft Satya Nadella – adalah satu studio yang mempunyai portfolio permainan yang sangat seimbang, dengan Sega mempunyai penawaran di PC, mudah alih dan juga konsol yang baik.
Selain Sega, studio lain yang terdapat di dalam senarai pendek untuk sasaran pengambil-alihan adalah Bungie yang kemudiannya diambil-alih oleh Sony, IO Interactive, Supergiant Games, Niantic, Thunderful, Layrix, dan Scopely.
Microsoft juga berminat untuk mengambil-alih Zynga dan sudah memulakan perbincangan sebelum menarik diri dan Zynga sebaliknya diambil-alih oleh Take-Two Interactive.
Phil Spencer mengatakan yang mereka memerlukan sesuatu yang lebih besar berbanding Zynga kerana mereka tidak mempunyai penawaran yang besar di dalam perniagaan permua.
Sumber: VGC