Meta telah mengumumkan perkhidmatan langganan khusus untuk pemilik set kepala realiti maya Quest 2, Quest Pro dan juga yang akan datang Quest 3 iaitu Meta Quest+.
Ia ditawarkan dengan harga $7.99 sebulan ataupun $59.99 setahun. Jika anda melanggan sekarang sehingga 31 Julai, harga promosi ditawarkan iaitu $1 untuk sebulan pertama.
Melalui langganan ini, pelanggan akan mendapat akses kepada sebilangan permainan yang akan ditawarkan setiap bulan. Permainan boleh terus diakses selagi mana mempunyai langganan.
Permainan yang akan ditawarkan pada bulan ini dan Julai adalah Pistol Whip dan Pixel Ripped 1995 diikuti dua lagi permainan pada bulan Ogos iaitu Walkabout Mini Golf dan Mothergunship: Forge.
Langganan boleh dilakukan melalui Meta Quest Store yang boleh diakses melalui set kepala realiti maya anda.