Riot Games telah melancarkan musim baharu untuk Valorant iaitu Episode 7 Act 1 yang antaranya menyertakan ejen baharu iaitu Deadlock.
Deadlock merupakan ejen di dalam kelas Sentinel yang mempunyai kebolehan seperti berikut;
- GravNet (C) – Deadlock akan membaling bom GravNet yang akan memaksa lawan untuk membongkok dan bergerak dengan perlahan
- Sonic Sensor (Q) – Deadlock akan menembak Sonic Sensor yang akan mengesan sebarang bunyi yang dilakukan oleh pihak lawan
- Barrier Mesh (E) – Deadlock akan menembak Barrier Mesh yang akan menghasilkan penghadang dari tempat menembak sehingga tempat Barrier Mesh berada
- Annihilation (X) – Deadlock akan menembak Nanowire Accelerator yang akan memerangkap lawan dan akan menariknya menigikut laluan nanowire, jika tidak melepaskan diri lawan tersebut akan terbunuh
Seperti biasa dengan bermulanya musim baharu, Battle Pass baharu juga disertakan bersama dengan Neo Frontier Skinline.
Valorant sudah dikeluarkan untuk PC secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.