Skip to main content

Riot Games telah mengumumkan hero ataupun champion baharu untuk League of Legends iaitu Naafiri yang merupakan hero berkelas Assassins dan menurut Riot Games, mereka ingin menjadikan Naafiri hero yang mesra pemain baharu.

Berikut adalah kebolehan untuk Naafiri;

  • Pasif: We Are More – Naafiri akan menghasilkan Packmate yang akan menyerang secara automatik, jika mereka menyerang hero lain ataupun membunuh lawan, cooldown akan dikurangkan.
  • Q: Darkin Dagger – Naafiri akan mengeluarkan pedang yang melakukan serangan fizikal dan juga memberi status bleed, jika lawan sudah mempunyai status bleed, Naafiri sebaliknya akan mendapat bonus serangan fizikal.
  • W: Hound’s Pursuit – Naafiri akan dash ke depan dan melakukan serengan fizikal dan juga akan memperlahankan pergerakan lawan yang terkena. Packmates juga akan bersama melakukan serangan.
  • E: Eviscerate – Naafiri akan dash ke depan melakukan serangan fizikal dan meletup untuk melakukan serangan fizikal tambahan. Packmates akan kembali ke Naafiri untuk menyembuh.
  • R: The Call of the Pack – Naafiri akan menambah jumlah Packmates buat sementara waktu, dan mempunyai Movespeed yang lebih tinggi. Pertama kali melakukan serangan terhadap champion lain, Naafiri akan mendapat perisai, pertama kali membunuh champion, kebolehan ini akan bermula semula.

Naafiri akan tiba bersama dengan kemaskini 13.14 untuk League of Legends yang dijadualkan pada 11 Julai 2023.

League of Legends adalah permainan percuma untuk PC dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply