HoYoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 3.8 yang berjudul “Secret Summer Paradise” akan tiba pada 5 Julai 2023 yang antaranya membawa kostum untuk Klee dan juga Kaeya.

Melalui kemaskini ini, kawasan baharu akan disertakan iaitu Veluriyam Mirage yang menyertakan dua cara pengembaraan iaitu Choo-Choo Cart dan juga Preprint yang membolehkan pemain untuk melakukan pelbagai aktiviti untuk mengumpul Joyeux Vouchers yang boleh ditukar dengan kostum buat Kaeya. Kaeya juga akan menerima Hangout Event.

Aktiviti masa terhad juga akan dianjurkan di Veluriyam Mirage ini iaitu “Spino Blaster”, “Dance of Flashing Thought”, “Sojourns of the Barking Fox” dan “Bing-Bang Finchball”. Melalukan kesemua aktiviti ini membolehkan pemain untuk mendapatkan Layla secara percuma.

Bagi Event Wishes, Klee dan Eula akan tiba untuk bahagian pertama bagi kemaskini ini dengan Kokomi serta Wanderer akan tiba pada bahagian kedua. Klee juga akan menerima kostum yang boleh dibeli melalui gedung di dalam permainan.

Genius Invokation TCG akan menerima kad watak baharu iaitu Candace, Yanfei dan Kazuha bersama dengan mod PvE baharu iaitu “The Forge Realm’s Temper: Endless Swarm”.

Kemaskini ini adalah yang terakhir sebelum versi 4.0 dilancarkan sekitar Ogos depan yang membawa negara baharu iaitu Fontaine dan HoYoverse juga telah berkongsi video dan gambar baharu untuk negara ini.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini