Epic Games Store telah menawarkan dua permainan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka. Dua permainan yang ditawarkan adalah The Hunter: Call of the Wild dan juga Idle Champions of the Forgotten Realms.

The Hunter: Call of the Wild adalah permainan simulasi memburu binatang liar yang dibangunkan oleh Expansive Worlds dan sudah dilancarkan sejak tahun 2017 lagi untuk konsol dan juga PC. Sejak dikeluarkan, permainan ini masih dianggap antara permainan simulasi memburu terbaik yang pernah dikeluarkan.

Anda boleh menebus permainan ini sehingga 29 Jun melalui pautan ini.

Permainan seterusnya adalah Idle Champions of the Forgotten Realms iaitu permainan strategi berdasarkan dunia Dungeons & Dragons. Ia dibangunkan oleh Codename Entertainment dan dikeluarkan sejak tahun 2020 lagi. Ia merupakan permainan percuma untuk dimainkan tetapi penawaran minggu ini adalah untuk pek Wulfgar’s Legends Renow bernilai lebih $100 kini boleh didapatkan secara percuma.

Tawaran ini juga sehingga 29 Jun dan anda boleh dapatkan maklumat lanjut melalui pautan ini.

Epic Games Store sebelum ini telah menyeranikan The Dungeon of Naheulbeuk sebagai permainan percuma yang seterusnya tetapi ia tidak lagi disenaraikan. Oleh itu, mereka mungkin akan mengekalkan permainan yang sama ataupun akan digantikan dengan satu permainan yang berlainan.

Sohor Kini