Ketua Penerbitan Bethesda, Pete Hine telah mengesahkan yang permainan Indiana Jones yang dibangunkan oleh Bethesda akan dikeluarkan secara eksklusif untuk platform Microsoft iaitu Xbox Series dan PC.
Beliau mengesahkan perkara tersebut selepas disoal oleh FTC yang sedang di dalam perbincangan untuk meluluskan ataupun tidak pengambil-alihan Activision Blizzard oleh Microsoft.
Pete Hine juga mengatakan yang keputusan untuk menjadikan sesuatu permainan multi-platform ataupun tidak masih ditentukan mengikut permainan.
Pilihan untuk menjadikan sesuatu permainan eksklusif adalah untuk mengurangkan masa dan masalah pembangunan, katanya. Beliau juga mengesahkan yang permainan Indiana Jones ini akan disertakan di dalam Game Pass pada hari pelancaran.
Bethesda sebelum ini telah menjadikan dua permainan mereka iaitu Redfall dan Starfield sebagai permainan eksklusif untuk Xbox dan PC.
Permainan Indiana Jones diumumkan oleh Bethesda pada tahun 2021 dan dirancang untuk pelbagai platform tetapi diubah selepas pengambil-alihan Bethesda oleh Microsoft.
Sumber: VGC