Skip to main content

Microsoft melalui dokumen yang diperlihatkan ketika perbincangan bersama dengan FTC untuk mendapat kelulusan mengambil-alih Activision-Blizzard mengatakan yang mereka menjangka generasi konsol seterusnya akan bermula pada tahun 2028.

Dokumen ini bercakap mengenai perjanjian selama 10 tahun untuk mengeluarkan permainan Call of Duty di platform PlayStation. Menurut Microsoft, perjanjian ini akan turut melibatkan generasi konsol yang seterusnya.

Jika konsol generasi seterusnya bermula pada tahun 2028, ini menjadikan konsol generasi ini iaitu Xbox Series dan juga PlayStation 5 akan berlanjutan selama 8 tahun.

Menurut IGN, kenyataan ini juga dinyatakan oleh Sony di mana mereka mengatakan yang generasi konsol seterusnya tidak akan bermula sebelum tahun 2027.

Jangkaan ini mungkin mengambil kira generasi konsol terkini bermula 8 tahun selepas generasi konsol yang sebelum ini, iaitu bermula pada tahun 2012, dan berakhir pada tahun 2020.

Pada pendapat kami, 8 tahun mungkin terlalu awal untuk peralihan generasi konsol, terutama dengan permainan-permainan kini mengambil masa yang lebih lama untuk dibangunkan.

Sumber: IGN

Leave a Reply