Insidious: The Red Door Akan Ditayangkan Pada 5 Julai

Sony Pictures Malaysia hari ini mengumumkan filem Insidious: The Red Door akan ditayangkan pada 5 Julai nanti. The Red Door akan menjadi filem kelima dalam francais filem seram Insidious.

Fokus kini kembali kepada keluarga Lambert dan akan melihat gangguan mengerikan berlaku kepada Dalton iaitu anak Josh lakonan Ty Simpkins dan Patrick Wilson.

Berdasarkan treler, Dalton selepas diganggu dengan peristiwa silam dilihat terpaksa pergi ke lokasi mistik Further dan The Red Door akan memainkan peranan. “Pintu Merah” ini adalah portal di mana setiap watak merentas antara dunia sebenar dan dunia mistik serta tempat setiap makhluk misteri keluar masuk.

Patrick Wilson buat pertama kali akan mengarah filem dalam francais ini. Pelakon lain yang terlibat adalah Rose Byrne, Andrew Astor, Lin Shaye, Sinclair Daniel dan Hiam Abbass.

Sohor Kini