Warner Bros. Games ketika Nintendo Direct telah mengumumkan yang mereka akan membawa Batman: Arkham Triology ke Nintendo Switch pada akhir tahun ini.
Ia merupakan koleksi permainan Batman oleh Rocksteady iaitu Batman: Arkham Asylum, Batman: Arkham City dan Batman: Arkham Knight yang dikeluarkan pada tahun 2009, 2011 dan 2015.
Bersama dengan permainan asas, koleksi ini juga akan menyertakan kesemua DLC yang pernah dikeluarkan untuk setiap permainan tersebut.
Batman di dalam ketiga-tiga permainan ini disuarakan oleh Kevin Conroy yang meninggal dunia pada tahun lepas.