Susulan kepada pengumuman yang dilakukan ketika Xbox Games Showcase, Konami ketika Nintendo Direct juga telah mengumumkan yang Metal Gear Solid Master Collection Vol. 1 akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 24 Oktober 2023 bersama dengan PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Melalui koleksi ini, Konami menawarkan lima permainan awal untuk siri Metal Gear Solid, iaitu Metal Gear, Metal Gear 2 Solid Snake, Metal Gear Solid, Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty dan Metal Gear Solid 3: Snake Eater.

Metal Gear Solid, Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty dan Metal Gear Solid 3: Snake Eater juga boleh didapatkan secara berasingan.

Sohor Kini