Nintendo di acara Nintendo Direct yang berlangsung hari ini telah mengumumkan Detective Pikachu Returns akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 6 Oktober 2023.

Ia merupakan permainan susulan kepada Detective Pikachu yang dikeluarkan untuk Nintendo 3DS pada tahun 2016, selain turut diadaptasi menjadi filem aksi nyata pad tahun 2019 – Detective Pikachu – Berbaloi Tak Nak Tonton?.

Di dalam permainan susulan ini pemain kembali menjadi Pikachu yang memanggil dirinya sebagai detektif yang hebat untuk menyiasat misteri yang berlaku di Ryme City.

Sohor Kini