Nintendo ketika Nintendo Direct yang berlangsung hari ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan versi olahan semula untuk Super Mario RPG dan akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 17 November 2023.

Seperti judulnya, dan pada asalnya dibangunkan oleh Square, Super Mario RPG merupakan permainan RPG seperti Final Fantasy tetapi di dalam dunia Mario, ini termasuklah sistem pertempuran mengikut turutan.

Super Mario RPG merupakan permainan yang dikeluarkan pada tahun 1996 dibangunkan oleh Square (sebelum menjadi Square Enix) untuk Nintendo. Ia merupakan permainan Mario yang terakhir dikeluarkan untuk Super Nintendo Entertainment System (SNES).

Sohor Kini