Netflix telah menyertakan kemaskini untuk senarai Top 10 mereka, selain memperlihatkan jumlah jam tontonan seperti sebelum ini, mereka juga memperlihatkan jumlah tontonan.

Jumlah tontonan ini adalah mengambil kira jumlah jam tontonan dibahagikan kepada jumlah runtime untuk kandungan tersebut.

Senarai Top 10 juga akan disusun mengikut jumlah tontonan berbanding jumlah jam tontonan yang menurut Netflix lebih tepat untuk menggambarkan populariti sesuatu kandungan.

Bagi senarai yang baru sahaja dikongsi iaitu untuk 12 Jun sehingga 18 Jun 2023, bagi filem senarai didahului oleh Extraction 2 yang dikeluarkan pada 16 Jun lepas.

Filem lakonan Chris Hemsworth tersebut telah menerima 42.8 juta tontonan dan 88.4 juta jam tontonan, di tempat kedua adalah filem pertama Extraction yang menerima 9.6 juta jam tontonan.

Manakala untuk siri TV pula, Black Mirror musim keenam telah menerima 11.3 juta tontonan dan berada di tempat kedua di belakang Never Have I Ever Musim 4 yang menerima 11.5 juta tontonan.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Black Mirror musim keenam di pautan berikut – Ulasan Black Mirror (Musim 6).

Sohor Kini