Ascendant Studios telah mengumumkan yang mereka tidak lagi akan melancarkan Immortals of Aveum pada bulan Julai, sebaliknya ia hanya akan tiba pada 22 Ogos 2023.

Penundaan selama sebulan ini menurut mereka adalah untuk memberikan lebih masa bagi mempertingkatkan lagi kualiti permainan ini di kesemua platform ia dilancarkan.

Immortals of Aveum adalah permainan aksi pengembaraan FPS menggunakan magis oleh studio indie yang ditubuhkan oleh Bret Robbins yang sebelum ini pernah menjadi Pengarah Kreatif untuk Dead Space dan juga kempen bagi Call of Duty,

Permainan ini menggabungkan penceritaan cinematic, dunia fantasi dan pertempuran menggunakan magis yang pantas dan sepenuhnya perlu dimainkan secara solo dengan tanpa elemen multi-pemain disertakan.

Permainan ini dilancarkan melalui program EA Originals dan akan tiba untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui EA App, Steam dan Epic Games Store.

Sohor Kini