Skip to main content

Kami di Aksiz telah menyediakan ‘Ruangan Gaming’ di pejabat untuk menjadi tempat kami untuk bermain permainan video dan juga menonton filem serta siri TV, sebagai tugasan kerja ataupun untuk istirahat.

Bagi melengkapi ruangan ini kami sudah membuka kotak TV iaitu Samsung S95C dan juga soundbar Samsung Q800C.

Samsung S95C

Samsung S95C merupakan TV yang menggunakan panel OLED dengan resolusi 4K (3840 x 2160). Model yang kami guna bersaiz 65-inci yang ditawarkan dengan harga RM15,999. Ia juga hadir dengan saiz 55-inci dan 77-inci. TV ini mempunai teknologi Neural Quantum Processor 4K dan Quantum HDR OLED Plus dengan sokongan HDR10+ untuk Adaptive dan juga Gaming.

Bagi kadar segar semula ia menyokong 120Hz dan juga sehingga 144Hz untuk penggunaan bersama dengan PC. Bagi pembesar suara ia mempunyai jenis spekaer 4.2.2CH dengan sokongan untuk Dolby Atmos dan Q-Symphony. Samsung S95C mempunyai 4 HDMI 2.1 yang menyokong sehingga 4K (144Hz) dan 3 USB dan 1 USB-C untuk pemasangan kamera.

Samsung Soundbar Q800C

Melengkapi TV Samsung S95C, kami juga telah memasangnya bersama dengan Samsung Soundbar Q800C yang ditawarkan dengan harga RM3,079. Soundbar ini dilengkapi dengan soundbar yang mempunyai 11 speaker iaitu speaker tengah, speaker atas, speaker tepi dan speaker wide range manakala Subwoofer mempunyai sambunga secara nirwayar bagi memudahkan lagi pemasangan dan juga menjimatkan ruang.

Soundbar Q800C menggunakan channel 5.1.2, dengan sokongan ATMOS Music, ATMOS, Dolby MAT, Dolby Digital Plus dan Dolby True HD. Soundbar ini boleh digunakan dengan pelbagai perkakas ke TV, sama ada konsol ataupun set kotak TV kerana menyokong 4K video pass dan juga HDR10+. Bersama dengan TV Samsung, ia juga menyokong Q-Symphony untuk membolehkan speaker TV dan Soundbar berfungsi secara bersama memberikan pengalaman bunyi yang lebih baik.

Kami masih lagi sedang menguji TV dan juga soundbar ini, dan ulasan penuh untuknya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sementara itu anda boleh layari laman Samsung untuk Samsung S95C dan Samsung Soundbar Q800C jika ingin maklumat lanjut mengenainya.

Leave a Reply