Sony Pictures hari ini telah berkongsi treler pertama untuk Kraven the Hunter yang menjadi filem seterusnya untuk Sony’s Spider-Man Universe (SSU). Treler ini memperlihatkan Aaron Taylor-Johnson sebagai Sergei Kravinoff yang juga Kraven dan Russell Crowe sebagai bapanya, Nikolai Kravinoff.

Di dalam treler ini diperlihatkan yang Nikolai Kravinoff merupakan seorang yang tegas dan melatih anak-anaknya untuk memburu. Jika terdapat orang di dalam keluarganya memperlihatkan kelemahan, dia akan meninggalkannya.

Itulah yang menjadi permulaan kepada kisah Sergei, dia sepatutunya menembak seekor singa tetapi teragak dan menyebabkan diserang oleh singa tersebut. Namun, berbanding dibunuh oleh singa tersebut, darah singa termasuk di dalam badannya, maka lahirlah Kraven the Hunter.

Kraven the Hunter akan mula ditayangkan pada 5 Oktober 2023.

Sohor Kini