Di TUDUM 2023, bukan filem dan siri TV sahaja yang diumumkan. Netflix Games turut memperlihatkan tatamain bagi permua catur baharu yang dibangunkan berasaskan siri TV popular Netflix – The Queen’s Gambit.

Permua ini akan tiba pada 25 Julai, anda boleh tonton video tatamain di bawah;

Permainan catur ini dilihat adalah dalam bentuk 3D dengan pemain boleh bertukar-tukar lokasi yang sama dalam siri TV serta bermain sebagai Beth Harmon untuk menentang watak-watak lain. Peminat catur dan siri The Queen’s Gambit pasti akan menyukai permua ini.

The Queen’s Gambit Chess boleh dimuat turun di iOS dan Android pada 25 Julai tidak lama lagi.

Sohor Kini