Senarai Pelakon Squid Game 2 Diumumkan

Dikemaskini 30 Jun 2023: Netflix telah kongsi senarai penuh nama dan imej dan pelakon-pelakon yang akan melakonkan watak baharu dalam Squid Game musim kedua.


Di acara TUDUM 2023 sebentar tadi, Netflix turut mengumumkan senarai pelakon baharu untuk Squid Game musim kedua.

Park Gyu-young (Sweet Home), Jo Yu-ri (penyanyi Iz*One), Kang Ae-sim (Move to Heaven), Lee David (The Fortress), Lee Jin-uk (Sweet Home), Choi Seung-hyun (Tazza: The Hidden Card, Commitment), Roh Jae-won (Missing Yoon, Ditto) dan Won Ji-an (D.P.).

Pelakon asal iaitu Lee Jung-Jae, Lee Byung-Hun, Yim Si-Wan, Kang Ha-Neul, Park Sung-Hoon, Wi Ha-Jun, Yang Dong-Geun serta Gong Yoo akan kekal dengan watak masing-masing dari musim pertama.

Sayang sekali tiada tarikh siaran dan butiran lain yang didedahkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini