PlayStation hari ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog permainan PlayStation Plus yang khusus untuk pelanggan PS Plus Deluxe dan PS Plus Extra. Permainan-permainan yang baru diumumkan ini akan mula tiba pada minggu hadapan.

Berikut adalah senarai permainan yang disertakan;

  • Far Cry 6
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge
  • Rogue Legacy 2
  • Inscryption
  • Soulstice
  • Tacoma
  • Deus Ex: Mankind Divided
  • Killing Floor 2

Selain itu, mereka juga menyambut ulang tahun pertama untuk versi baharu bagi PS Plus. Bermula pada 20 Jun sehingga 30 Jun, pemain boleh melakukan aktiviti untuk mendapatkan ganjaran seperti Avatar dan juga Wallpaper.

Anda juga boleh memenangi PlayStation 5 dan PS VR2 dengan menjawab lima soalan mengenai perkhidmatan PS Plus. Kempen ini juga akan bermula pada 20 Jun dan hanya perlu layari laman PlayStation Plus pada tarikh tersebut untuk maklumat lanjut.

PlayStation Plus ditawarkan dengan tiga pakej iaitu Deluxe dengan harga RM50, RM130 dan RM309 untuk sebulan, tiga bulan dan setahun, manakala pakej Extra ditawarkan dengan harga RM44, RM114 dan RM269 dan pakej Essential dengan harga RM29, RM69 dan RM159.

Sohor Kini