Skip to main content

Semasa acara Disney Content Showcase 2022, Disney+ Hotstar mengumumkan drama Korea baharu Moving. Drama ini akan mengisahkan individu yang ada kuasa luar biasa menyembunyikan diri daripada agensi kerajaan yang memburu mereka. Selepas berbulan menanti, drama ini akhirnya menerima tarikh siaran iaitu 9 Ogos nanti.

Antara individu ini adalah Huisoo yang tidak boleh cedera dan Bongseok yang boleh terapung. Masih ada ramai individu unik ini yang diburu oleh Frank untuk membunuh mereka semua. Kisah Moving bermula pada tahun 1990 apabila National Security Planning Agency menubuhkan pasukan black ops dengan kuasa luar biasa tetapi suatu hari semua ahli pasukan ini menghilangkan diri.

Moving menyertakan pelakon hebat seperti Ryu Seungryong, Han Hyojoo, Zo Insung, Lee Jungha, Go Younjung, dan Kim Dohoon. Drama ini diadaptasi daripada webtoon dengan judul sama, diarahkan oleh Park Inje dan dihasilkan oleh STUDIO&NEW.

Terdapat 7 episod yang akan disiarkan bermula 9 Ogos dengan dua episod setiap minggu kecuali pada minggu terakhir iaitu 23 Ogos dengan 3 episod disiarkan serentak.

Leave a Reply