Phil Spencer: PC Adalah Pasaran Utama Untuk Perkembangan Game Pass

Melalui temubual Ketua Xbox Phil Spencer bersama Polygon, beliau telah bercakap mengenai sokongan Microsoft dan juga sasaran untuk Xbox Game Studios. Selain itu, beliau juga ada menyentuh mengenai perkembangan untuk perkhidmatan Game Pass.

Menurut Phil Spencer, beliau sangat teruja dengan potensi PC Game Pass, bahkan buat masa ini ia adalah perkara yang berkembang dengan pesat. Bagi Xbox Game Pass, boleh dikatakan yang ia sudah mencapai kesemua yang memiliki konsol, dan mereka hanya perlu menjual lebih banyak konsol sahaja buat masa ini.

Manakala untuk pasaran PC, terdapat ratusan juta pemain yang buat masa ini tidak membeli ataupun tidak melanggan perkhidmatan mereka, menjadikan mereka adalah satu peluang. Ini ditambah lagi dengan hadirnya Steam Deck dan ROG Ally, ramai yang meminta PC Game Pass ditawarkan di dua ‘konsol’ tersebut.

PC Game Pass merupakan satu-satunya perkhidmatan Game Pass yang ditawarkan di kebanyakan bahagian Asia dan sebelum ini Microsoft telah mengumumkan yang pengguna Game Pass di Asia telah meningkat dua kali ganda sejak dua tahun lepas.

Sohor Kini